TIP BERHENTI MEROKOK

Jika anda bercadang untuk berhenti merokok, mengubah sedikit gaya hidup anda mampu membantu anda mengelakkan diri daripada kekal merokok. Berikut adalah tips berhenti merokok yang ringkas tapi berkesan:

Cari Sebab

Untuk kekal bermotivasi, anda memerlukan sandaran peribadi untuk berhenti. Mungkin untuk mengurangkan risiko anda mendapat kanser paru-paru, sakit jantung, atau penyakit-penyakit lain. Mungkin juga untuk keluarga anda agar mereka tidak menjadi perokok sekunder. Atau mungkin sekadar untuk kelihatan lebih muda dan bertenaga. Pilih sebab yang paling kuat untuk menahan anda daripada merokok.

Bersiap-sedia

Merokok adalah satu ketagihan. Anda tidak akan berhenti semudah membuang rokok-rokok anda ke dalam tong sampah. Otak anda masih bersandar pada nikotin, dan sekatan secara tiba-tiba boleh menggangu kesihatan anda. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu akan langkah-langkah yang boleh diambil, kelas terapi, kaunseling, ubat-ubatan perlu atau mungkin juga hipnosis. Dengannya, anda akan lebih bersedia untuk berhenti tanpa masalah.

Pertimbangkan i-Quit dalam Diet Anda

Apabila anda berhenti merokok, penurunan kadar nikotin boleh mengakibatkan sakit kepala, menganggu mood anda, atau melemahkan tenaga anda. Keinginan untuk ‘satu hisapan’ adalah sangat-sangat kuat. Pengambilan i-Quit boleh membantu kebergantungan anda kepada nikotin dan sama sekali melumpuhkan keinginan tersebut. I-Quit telah dibuktikan berkesan untuk membersihkan nikotin dan tar dari dalam tubuh badan dan membolehkan perokok tegar berhenti hanya dalam 7 hari!

Bersandarlah Pada Yang Tersayang

Beritakan kepada kawan-kawan, keluarga dan orang-orang yang rapat bahawa anda dalam proses untuk berhenti merokok. Mereka adalah sumer galakan untuk terus berusaha, terutama sekali ketika anda tergoda untuk menghisap rokok.

Dapatkan rehat Secukupnya

Salah satu sebab seseorang itu merokok adalah kerana nikotin membantu mereka untuk bertenang. Apabila anda berhenti, anda pasti akan memerlukan cara lain bagi megurangkan tekanan anda. Terdapat banyak perkara boleh dilakukan; bersenam, mendengar muzik kegemran, menonton filem, bersosial dengan kawan-kawan atau meluangkan masa dengan sesebuah hobi. Elakkan daripada situasi penuh tekanan dalam minggu-minggu awal anda berhenti merokok.

Elakkan Pengambilan Alkohol dan Perentak Lain

Apabila anda minum minuman keras, amat sukar untuk mencapai matlamat untuk tidak merokok. Elakkan daripada pengambilan minuman keras terutama peringkat awal berhenti merokok. Jika anda biasa merokok selepas minum kopi, tukarkan minuman anda kepada Milo atau teh untuk beberapa minggu. Jika kebiasaannya anda merokok selepas makan, lakukan sesuatu aktiviti lain sebagai ganti seperti mencuci piring, memberus gigi, berFacebook dan sebagainya.

Bersihkan Rumah Anda

Bersihkan rumah anda daripada sisa-sisa rokok termasuklah tempat buang rokok dan juga pemetik api. Basuh pakaian yang berbau rokok, bersihkan karpet, sofa dan langsir anda. Gunakan pewangi untuk mewangikan ruang rumah. Jika anda merokok dalam kereta, jangan lupa untuk membersihkannya juga. Lupakan R-O-K-O-K. Basmi R-O-K-O-K!

Kesimpulan

Dengan melaksanakan apa yang disarankan dalam tip berhenti merokok ini, insyaAllah setelah anda mulai berhenti, kesihatan akan menunjukkan tanda-tanda positif. Jantung akan berdegup lebih normal dan pernafasan lebih lancar. Dalam beberapa hari, tahap karbon monoksida dalam darah anda juga akan kembali normal. Dalam masa dua minggu ke atas, anda akan mengurangkan potensi serangan jantung. Untuk jangkamasa panjang, anda akan dapat mengurangkan risiko kanser dan menikmati kebahagiaan hidup bersama keluarga.

PERCUMA

PANDUAN BERHENTI MEROKOK DALAM 7 HARI

You have Successfully Subscribed!