PANDUAN BERHENTI MEROKOK

Panduan berhenti merokok ini adalah ubat untuk jiwa-jiwa yang terseksa kerana sudah lama menjadi perokok dan perlu memilih untuk berhenti. Panduan ini berbentuk pelan tindakan dan ianya terbukti berkesan untuk ramai orang.

Jika anda antara yang terseksa jiwa kerana ingin berhenti merokok, jangan risau lagi kerana artikel ini untuk anda.

 

Langkah 1

Beritahu kenalan rapat tentang keinginan anda untuk berhenti merokok. Mintalah sokongan mereka dalam hari-hari anda berhenti, agar mereka boleh memberikan anda peringatan ketika anda memerlukannya. INGAT, jelaskan bagaimana bentuk sokongan yang anda inginkan. Anda tentunya tidak ingin ditampar secara tiba-tiba apabila menyentuh rokok di hadapan mereka. Kan?

 

Langkah 2

Dapatkan bantuan yang diperlukan samada bantuan kumpulan sokongan atau sebarang peralatan sokongan.

Terdapat banyak kumpulan sokongan percuma di internet seperti forum-forum, blog dan banyak lagi. Kumpulan sokongan ini boleh membantu anda untuk kekal fokus, yakin diri, dan bermotivasi.

Jika i-Quit merupakan peralatan sokongan anda, kekalkan untuk menggunakannya setiap kali anda terasa ingin merokok. Bawanya sentiasa bersama anda.

 

Langkah 3

Sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Ramai perokok biasanya merokok ketika mereka tidak sibuk, tiada aktiviti, ketika pagi, selepas makan malam, tengahari, cuti hujung minggu, dan sebagainya.

Jika anda ada tabiat berkenaan, penuhi masa tersebut dengan aktiviti lain. Jika di rumah, anda boleh keluar dari rumah, pergi bersukan di padang, berjalan di taman, menonton filem, makan gula-gula getah atau bermain permainan video.

Jika di pejabat, dalam masa yang pendek tersebut, anda boleh bermain permainan handphone. Ada banyak permainan yang menarik seperti Clash of Clan, Candy Crush, Plant Vs Zombie dan sebagainya.

 

Langkah 4

Elakkan daripada perentak rokok. Ada banyak perentak yang boleh membawakan keinginan untuk merokok seperti rakan-rakan perokok, tempat-tempat merokok, benda-benda berbau rokok, dan situasi yang boleh membawa keinginan untuk merokok.

Elakkan perentak-perentak ini sama sekali, jauhkan diri daripada mereka.

Anda boleh buang rokok dan sisa-sisa rokok dari rumah termasuk juga tempat buang rokok anda. Elakkan minuman berkafein kerana ianya boleh menyebabkan rasa gemuruh, minumlah air kosong yang banyak. Bergaullah dengan rakan bukan perokok. Pergilah ke tempat larangan merokok. Dapatkan rehat secukupnya, makanlah buah-buahan segar; kekurangan tidur dan kurang gula dalam darah boleh membawa keinginan untuk merokok juga.

 

Langkah 5

Sentiasa positif dan yakin pada diri. Jangan menganggap bahawa berhenti merokok adalah perkara yang berpanjangan. Bermulalah dengan julat masa pendek dan kemudian panjang. Dari sejam, kepada dua jam. Dari dua jam, kepada setengah hari dan seterusnya. Sentiasa komited dan kekalkan momentum dan anda akan berjaya berhenti merokok dengan penuh bergaya!

Seperti mereka yang lainnya, semoga panduan berhenti merokok ini juga berkesan untuk anda.

PERCUMA

PANDUAN BERHENTI MEROKOK DALAM 7 HARI

You have Successfully Subscribed!