CARA BERHENTI MEROKOK DENGAN CEPAT

Cara berhenti merokok dengan cepat merupakan rahsia yang amat-amat dicari oleh kebanyakan perokok pada masa kini. Apa tidaknya, merokok sudah dikenalpasti sebagai merbahaya kepada kesihatan diri malahan orang lain di sekeliling turut menerima padah. Pada masa sama, kos untuk membeli rokok telah meningkat saban tahun dan kelihatan tiada potensi untuk diturunkan harga.

Lebih dahsyat lagi, bagi mereka yang beragama Islam, merokok adalah haram!

Jika tidak mendapatkan cara berhenti merokok dengan cepat, semakin banyaklah benda haram masuk ke dalam tubuh.

 

 

Untuk membantu para pembaca, berikut adalah cara berhenti merokok dengan cepat yang terbukti berkesan:

  1. Niat Berhenti Merokok

Senaraikan sebab-sebab anda ingin berhenti merokok. Tuliskan dalam sehelai kertas dan bawakan bersama dalam dompet anda. Untuk rumah anda, buat salinan dan lekatkan salinan tersebut di lokasi anda selalu merokok.

Antara sebab-sebab mungkin adalah kesihatan diri, kesihatan orang tersayang, kos membeli rokok yang terlalu tinggi dan sebagainya.

Perincikan sebab-sebab tersebut dengan menuliskan nama bayi anda, pasangan anda, harga belian rokok untuk sehari, sebulan, setahun dan sebagainya. Kenyataan yang lebih jelas akan mampu meninggikan memotivasikan anda.

Jadikan rutin untuk membaca kenyataan rokok anda.

  1. Ubah Pandangan Anda

Ramai yang berkata bahawa berhenti merokok adalah mustahil, sukar dilakukan, membuang masa dan sebagainya. Ubah pandangan sedemikian kerana kebanyakannya sekadar alasan sahaja.

Rajinkan diri untuk membaca kisah-kisah perokok yang berjaya bebas daripada rokok di dalam blog-blog, forum-forum, YouTube dan sebagainya. Jika mereka boleh, mengapa tidak anda?

Rajinkan juga membaca kesan-kesan positif dan negatif merokok. Ramai yang mendapati bahawa membaca kisah sedih perokok, penyakit-penyakit dan kesusahan mendapatkan bantuan kewangan untuk perubatan memotivasikan mereka dalam usaha berhenti merokok.

  1. Jauhi Pengaruh Perokok

Kenalpasti aktiviti harian anda, terutamanya yang melibatkan perokok. Jika di pejabat, kawan-kawan sepejabat merokok, elakkan daripada melepak bersama mereka. Mulailah bergaul dengan yang tidak merokok. Jika aktiviti sosial anda melibatkan tempat-tempat yang ramai perokok seperti kelab-kelab malam, elakkan tempat-tempat sedemikian, maka pergilah ke tempat-tempat bebas perokok.

  1. Sertakan i-Quit Dalam Menu Harian Anda

Berhenti merokok secara tiba-tiba boleh menyebabkan rasa bagai nak gila, stress dan kadang-kadang kemurungan. Ini semua adalah kesan kepada keperluan nikotin dalam tubuh yang menyebabkan ketagihan.

Dengan bantuan i-Quit, tubuh badan akan dapat menyingkirkan nikotin dalam badan setiap kali anda merasa ingin merokok. Berbeza dengan rokok elektronik yang mana masih boleh memotivasikan anda menghisap rokok (rokok palsu), i-Quit adalah berbeza secara total.

Mengapa dapatkan bantuan rokok untuk berhenti merokok jika anda ada pilihan yang lebih baik?

 

Kesimpulan

Seperti kisah-kisah motivasi yang kita selalu dengar, komitmen itu penting. Mempertahankan komitmen itu juga penting. Gunakan cara berhenti merokok dengan cepat di atas dan kekal dengannya dan anda akan bebas daripada rokok dalam masa yang anda tak sangka-sangka. Bermulalah sekarang dan tonjolkan diri anda yang lebih sihat di hadapan keluarga anda!

PERCUMA

PANDUAN BERHENTI MEROKOK DALAM 7 HARI

You have Successfully Subscribed!