BERHENTI MEROKOK

Dalam banyak-banyak cerita tentang rokok, salah satu topik yang paling popular adalah berhenti merokok. Dengan GST dan juga kos sara hidup yang meningkat, berhenti merokok menjadi satu keinginan yang utama bagi para perokok. Apa yang sedihnya, berhenti merokok tidak semudah berkata-kata.

 

Papan tanda larangan merokok

 

 

Kumpulan Fakta Kesihatan Tentang Berhenti Merokok

Berdasarkan fakta, rokok mengandungi 4000 jenis bahan kimia yang menjadi faktor kepada penyakit vaskular, dan bahan aktif karsinogenik penyebab kanser, penyebab kemandulan dan banyak lagi keburukan lain.

Berdasarkan fakta juga, merokok boleh menyebabkan kerosakan otak kepada bayi dalam kandungan, barah paru-paru, kanser kerongkong, kelumpuhan dan sebagainya.

Untuk menguatkan lagi fakta ini, di kotak-kotak rokok ditampalkan gambar-gambar penyakit-penyakit tersebut bagi mengingatkan kepada para perokok akan kesan negatif yang mereka boleh hidapi andai memilih untuk merokok.

 

Gambar pada kotak rokok untuk amaran agar berhenti merokok Sumber: irwandahnil.com

 

Meskipun fakta-fakta tersebut sudah terang lagi bersuluh, ada satu fakta yang paling kuat antara semua fakta-fakta tadi. Fakta tersebut adalah:

Seorang perokok amat sukar untuk mengurangkan kebergantungan kepada tabiat merokok.

Ya. Fakta ini kedengaran bodoh dan kedengaran sengaja dibuat-buat, namun ia adalah hakikat yang tidak boleh dipertikai. Kebanyakan perokok sukar untuk berhenti merokok.

 

Alasan-Alasan Untuk Tidak Berhenti Merokok

Kebiasaannya, apabila kita bertanyakan kepada perokok mengapa tidak memilih untuk berhenti merokok, mereka akan memberikan pelbagai alasan.

Ada yang mengatakan sudah biasa merokok selepas makan atau semasa minum pagi. Ada yang mengatakan bahawa mereka akan hilang konsentrasi andai tidak merokok. Ada yang mengaku berat badan naik bila tidak merokok malahan, ada yang mengaku bahawa mereka merokok sekadar ingin kelihatan ‘cool’, bergaya dan kelihatan macho. Pengaruh televisyen pastinya!

Namun, tidak kurang juga yang memberi alasan bahawa merokok adalah satu kenikmatan. Berhenti merokok akan menyebabkan mereka hilang rasa nikmat tersebut.

 

Kenikmatan Palsu Untuk Tidak Berhenti Merokok

Berdasarkan kajian saintifik, rokok mengandungi sejenis bahan aktif yang dikenali sebagai nikotin. Ketika perokok menghisap rokok (kira-kira 10-20 saat), nikotin akan bertindak segera untuk mencetuskan reseptor di dalam otak agar merembeskan hormon dopamin.

Peningkatan dopamin inilah yang sebenarnya menjadi penyebab kepada perasaan nyaman, selesa, tenang dan nikmat yang dirasai oleh para perokok.

Manusia secara lahiriah sukakan perasaan nyaman dan nikmat, dan perasaan inilah yang akan memerangkap para perokok untuk tidak berhenti merokok. Perasaan inilah yang akan membantu mereka untuk menciptakan pelbagai alasan untuk tidak berhenti merokok.

Malahan, ketika tenat dan menghadapi kemurungan dan lelah yang panjang, merokok akan menciptakan kenikmatan palsu untuk si perokok.

 

Perlunya Untuk Berhenti Merokok

Sayangnya, merokok tetap mendatangkan lebih kemudaratan kepada perokok dan orang-orang tersayang di sisi mereka. Merasai kebahagiaan dan nikmat kekeluargaan lebih bermakna daripada nikmat palsu yang diciptakan oleh rokok. Berhentilah merokok.

 

Sumber: rightmindsolution.com

PERCUMA

PANDUAN BERHENTI MEROKOK DALAM 7 HARI

You have Successfully Subscribed!